Travel To Surabaya, Indonesia

Sambil menyelam minum air.

Keberangkatan ke Surabaya, Indonesia merupakan tempat asing pertama yang menjadi destinasi aku kali ini.

Ini kerana aku ke sana atas urusan kerja dan bercuti juga.

Setibanya di sana, waktu Indonesia awal sejam dari Malaysia.

Aku menginap di Hotel bertaraf 4 bintang iaitu Somerset Hotel & Residence.

Bagi aku, keadaan persekitaran sangat selesa dan hotel ini sesuai untuk urusan kerja dan percutian.

Harga yang amat berpatutan sekitar Rp 700,000(RM180)  semalam.

Makanan halal memang tiada masalah. Pengunjung boleh makan di dalam hotel atau di luar.

Jika memilih makan di luar, anda melangkah sahaja luar dari pintu gerbang hotel, di kiri dan kanan jalan

terdapat banyak deretan restoran yang bukan calang-calang restoran.

Tidak menjadi masalah, kerana restoran di sini selesa, bersih dan harga makanan murah. Tambahan makanan
sangat sedap. Sehingga sekarang masih terasa-rasa ditekak. Keinginan memang nak pergi lagi ke sana.

Tapi selepas ini, aku ingin bawa family terbang ke sana, InsyAllah.

Aku kongsikan beberapa keping gambar sewaktu di Surabaya.

  

  

 

0 comments: